Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Dunia Prasekolah

Perihal Pemilik Blog

Tuesday 13 November 2012

Mari Menyanyi

Mari Menyanyi Bersama Cikgu

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi-perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Oleh itu, ada kebaikannya jika guru-guru menyelitkan hiburan di dalam pengajaran.

contoh video yang saya selitkan :

mengenal 10 haiwan


Ikan Kekek

Selamat menonton dan semoga terhibur.
Jika perlukan lebih bahan mengajar seperti video di atas klik link di bawah 



Belajar Mewarna

Belajar Mewarna Bersama-sama

Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Antara aktiviti yang dilakukan untuk menitikberatkan aspek tersebut ialah mewarna. Ini kerana, kanak-kanak suka akan warna-warni yang menarik perhatian mereka.

mewarna kura-kura

anak murid sedang mewarna


                                                           
       
 gambar yang diberi

hasil kerja mewarna 

Mengenali Haiwan

Mari Mengenal Haiwan

STANDARD PEMBELAJARAN UTAMA:
  • (BM 1.1.9)  Membezakan jenis bunyi yang ada di persekitaran
  • (BM 1.1.13) Mendengar dan memberi respons terhadap perbualan, permintaan, cerita, lagu.

STANDARD PEMBELAJARAN YANG TELAH DISEPADUKAN
  • (ST 3.4.1) Menamakan haiwan yang biasa dijumpai.
  • (ST 3.4.2) Mengecam bunyi haiwan yag biasa dijumpai.
  • (ST 3.4.6) Mengumpulkan haiwan mengikut habitatnya.
  • (KTI 2.1.8) Menyanyi lagu dengan iringan muzik.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran, murid dapat
  1. Mengenal bunyi haiwan jinak
  2. Mengetahui nama haiwan jinak
  3. Mengklasifikasikan haiwan jinak  yang berkaki dua dan berkaki empat
  4. Mengklasifikasikan haiwan jinak yang bertelur dan beranak
  5. Menyebut nama bahagian badan kucing

Haiwan Liar

Hidupan Liar ialah haiwan yang hidup dalam kelompok di kawasan semula jadi seperti harimau, gajah, dan singa.

buaya

harimau

zirafah

kuda belang

gajah

Haiwan Jinak

Haiwan jinak atau haiwan peliharaan bermaksud haiwan yang dipelihara untuk tujuan kepuasan emosi seperti   
kucing, arnab, dan lain-lain.

contoh haiwan jinak :

kerbau

 arnab

burung

 itik

kerbau

Haiwan Air

-Haiwan yang tinggal di dalam air adalah seperti ikan, kura-kura, ketam dan sebagainya.

contohnya :

itik

obor-obor

sotong

tapak sulaiman


ketam




Suasana Kelas Prasekolah

Suasana Kelas

Bagi saya apa yang penting ialah suasana kelas yang kondusif dan dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Kita sebagai guru juga akan berasa seronok ke tempat kerja dengan suasana kelas yang cantik. Buatlah setakat yang mampu... itu prinsip saya. Kalau kelas hanya untuk pameran, itu yang membuatkan kanak-kanak akan ditegah dengan bermacam-macam pantang larang supaya kelas "maintain". Alahai cikgu-cikguku sekelian... kesian kat budak-budak tu. Biarlah mereka meneroka apa yang ada di kelas. Kalau terlalu disekat itu yang membuatkan kanak-kanak rasa terkongkong.

Monday 12 November 2012

Matlamat Pendidikan


MATLAMAT PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi individu kanak kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan,kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.


OBJEKTIF
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani,emosi dan sosial,intelek dan rohani.


TUNJANG PRASEKOLAH

v  KOMUNIKASI

v  SAINS TEKNOLOGI

v  KEMANUSIAAN

v  KEROHANIAN,SIKAP DAN NILAI

v  KETRAMPILAN DIRI

v  PERKEMBANGANFIZIKAL DAN ESTETIKA


PRASEKOLAH

v  MENGANDUNGI 42 Tema Dalam Pecahan 6 Tunjang